Mekanisme Bom petrol

Bentuk bom petrol paling asas terdiri daripada botol kaca berisi bahan api petrol dengan sumbu yang biasanya diperbuat daripada kain buruk yang direndam di dalam minyak petrol (atau apa jua bahan mudah terbakar yang lain) yang dilekatkan pada botol menggunakan gabus atau penutup botol.

Untuk menggunakannya, sumbu dinyalakan dan seterusnya botol tersebut dilemparkan kepada sasaran seperti kenderaan ataupun kubu.

Apabila botol tersebut pecah akibat hentakan, titisan dan wap minyak petrol seterusnya dinyalakan oleh sumbu, menyebabkan berlakunya bebola api diikuti api yang marak menyala.

Selain petrol, cecair mudah terbakar lain seperti metanol dan turpentin juga boleh digunakan. Agen pemekat seperti tar dan minyak pelincir juga boleh ditambah pada minyak petrol untuk membantu cecair terbakar pada sasaran serta untuk menghasilkan kepulan asap yang melemaskan.

Rekaan asal Molotov cocktail oleh syarikat alkohol Finland ALKO semasa Perang Musim Sejuk pada 1939-40. Botol ini menggunakan mancis khas selain daripada kain buruk sebagai sumbu.